hoppin chickies

Selasa, 27 Julai 2010

remember ladies..susu bukan sahaja baik untuk kesihatan anda, malah sihat untuk kulit anda!!!

Mungkin dengan membaca tajuk di atas, anda mungkin mengaggap bahawa saya akan menerangkan anda kebaikkan susu..kan kan kan???
Kalau itu harapan anda, maka saya harus menghancurkan harapan anda..
kerana saya tidak akan menulis tentang kebaikkan susu tetapi saya akan menulis insiden yang tidak diingini yang telah berlaku pada lewat petang tadi sebelum startnye kelas undang-undang perlembagaan...

apa yang telah terjadi??
huhu


 susu tumpah dan saya dan kawan saya, Shaa telah bermandikan susu..
Shaa kena sikit je la walhal saya kena almost separuh badan saya..
maka berbau susu lah saya sepanjang kelas..
kami memang terbaik di dalam memalukan diri sendiri..

lepas itu, lepas kelas selesai, saya pun balik ke bilik lalu saya check balik kulit dimana susu tersebut telah tumpah dan punya terkejut nye saya mendapati kulit yang terkena susu tadi itu bersinar2 dan semakin cerah berseri!! hahaha (exaggerate tahap dewa)

jadi kepada kaum Hawa diluar sana yang inginkan kulit cerah berseri, rajin-rajin kan lah membawa susu kotak ke kelas dan rajin-rajinlah menumpahkannya di atas meja dan tersengajalah kenakan ke badan anda dan kulit anda..Cukup sepurnama, akan bersinar lah kulit anda semua..hahaha
dan akan jd mcm mak cik ni..
yang berpeluh pun keluar glitter sebab byk kali sangat menumpahkan susu ke badan dia sendiri..
huhu
selamat mencuba!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan