hoppin chickies

Jumaat, 30 Julai 2010

puasa dah nak dekat tapi manusia semua akan mula sibuk shopping untuk hari raya..

Bulan Ramadhan Al -mubarak sudah menghampiri kita,
kejap saja lagi kita akan memulakan ibadah puasa kita bagi semua umat Islam
Izan sangat happie bila bulan puasa sudah semakin hampir..
ada juga yang tak happie sebab masih kena ganti puasa untuk tahun lepas punya..
and sekarang ni, mungkin ramai yang tengah dok pulun habis-habisan makan..
sebab motto mereka adalah, " nanti dah puasa susah dah nak makan"
lawak la mereka ini, puasa sebulan pun nak kecoh
yang lagi 11 bulan yang tak payah puasa tu??

Di bulan puasa ini banyak sangat manfaat yang harus dimanfaatkan..
setiap amalan yang baik akan dapat pahala berlipat ganda dari biasa..
selain itu, kita juga boleh membawa tahap kesihatan kita kearah yang lebih baik..
lemak dalam badan boleh dikurangkan macam makcik kat bawah ini..


kecik dah pinggang dia..
boleh jimat duit, sebab kita hanya perlu beli makanan untuk sahur dan untuk berbuka sahaja..
melainkan kalau anda semua memborong seluruh pasar ramadhan tu la..
itu sudah parah!! haha

Tapi kalau dilihat situasi hari ini (hari ini, tarikh 31.7.2010)
Bulan puasa belum mula kan??
tapi seriously, dah mula kelihatan kelibat mereka-mereka yang sudah mula bershopping untuk Bulan Syawal..
pelik x pelik??
bulan yang nak datang xde pun buat persiapan apa-apa tapi bulan yang lagi depan tu pula persediaan bagai nak rak...
well, actually termasuk la yang menulis ni..huhu

Mungkin, dengan persediaan awal ini, mereka semua ini akan lebih mampu menghayati bulan puasa dengan sepenuhnya sebab dah tak payah lagi pergi ke Jalan TAR bersesak-sesak untuk beli bunga nak buat hiasan mase hari Raya nanti..
dan tak payah dah nak sibuk duk  acu kasut kat kaki anak kecil mereka dan jangan dilupa anak mereka yang dewasa..
and jangan dilupa..
BAJU RAYA!!!
ini adalah kemestian..da tempah or beli dah??
saya sudah, anda bila lagi??
haha

anyway, dah panjang lebar menulis, terasa penat..
jadi saya berhenti disini!! 

Selasa, 27 Julai 2010

remember ladies..susu bukan sahaja baik untuk kesihatan anda, malah sihat untuk kulit anda!!!

Mungkin dengan membaca tajuk di atas, anda mungkin mengaggap bahawa saya akan menerangkan anda kebaikkan susu..kan kan kan???
Kalau itu harapan anda, maka saya harus menghancurkan harapan anda..
kerana saya tidak akan menulis tentang kebaikkan susu tetapi saya akan menulis insiden yang tidak diingini yang telah berlaku pada lewat petang tadi sebelum startnye kelas undang-undang perlembagaan...

apa yang telah terjadi??
huhu


 susu tumpah dan saya dan kawan saya, Shaa telah bermandikan susu..
Shaa kena sikit je la walhal saya kena almost separuh badan saya..
maka berbau susu lah saya sepanjang kelas..
kami memang terbaik di dalam memalukan diri sendiri..

lepas itu, lepas kelas selesai, saya pun balik ke bilik lalu saya check balik kulit dimana susu tersebut telah tumpah dan punya terkejut nye saya mendapati kulit yang terkena susu tadi itu bersinar2 dan semakin cerah berseri!! hahaha (exaggerate tahap dewa)

jadi kepada kaum Hawa diluar sana yang inginkan kulit cerah berseri, rajin-rajin kan lah membawa susu kotak ke kelas dan rajin-rajinlah menumpahkannya di atas meja dan tersengajalah kenakan ke badan anda dan kulit anda..Cukup sepurnama, akan bersinar lah kulit anda semua..hahaha
dan akan jd mcm mak cik ni..
yang berpeluh pun keluar glitter sebab byk kali sangat menumpahkan susu ke badan dia sendiri..
huhu
selamat mencuba!!




Sabtu, 24 Julai 2010

..Jodoh tu akan datang sendiri, Jangan risau..

once upon a time, during my school day, one of my friend once ask me, 

kawan Izan : Izan, ko ade boyfriend x?
Izan : Tak ade..
Kawan Izan : Sampai sekarang ko x pernah ade boyfriend??
Izan : Tak ade, belom ade yang nak kat aku..
Kawan Izan : tu la ko, cube ko jadi open-minded and pergi bergaul n rapat-rapat dengan lelaki sikit, mesti ade yang nak ngn ko tu..
Izan : So, ko nak ak pegi mengeseh kat budak-budak lelaki tu mcm kucin??
Kawan Izan : tak adelah (then trus terdiam).

SENGAL!!!

FYI girl, i'm not the kind of girl yang jadi perigi keluar carik timba ok!!
malu malu malu malu!!



Rileks la, Allah SWT tu Maha Kaya la babe..
setiap lelaki yang Dia cipta da siap ade orang yang akan jadi jodoh dia or teman hidup n sama jgak dengan perempuan..
mybe now I don't have any boyfriend tapi later on, He who is destined to be mine going to come out from his hiding place and be with me..
no worry!!
btw, to all those kaum Hawa yang di luar sana,.
silalah jaga 'harta benda' anda..although Izan pon kadang2 terlalai sendiri tapi InsyaAllah kalo kita sama2 jaga each other than world will be a better place for all of us right??