hoppin chickies

Rabu, 9 November 2011

i'm comfortable in my own skin. Are you?

I used to flip every fashion magazine and the sight of the skinny models on TeenVogue, Cosmopolitan, Female, Vogue pages make me droooling sampai my baju basah dan berbau hamis lepas itu..

dulu Izan nak :
badan macam Kate Moss

muka tirus macam Rosie Huntington-Whiteley

kaki panjang macam Candice Swanepoel
melihat gambar mereka membuat kita 
dalam otak dan hati geram dan bertanya dan bertanya dan bertanya dan berterusan bertanya, bila agaknya badan diri sendiri akan jadi sekurus dan setinggi itu...??
BILA, BILA, BILA DAN BILA LAGI??????
lantas memujuk hati dan berkata, 'esok izan akan jadi macam tu'.
 Tapi tak jadi pon..
Mimpi tinggal mimpi saja..
TAPI..

ITU DULU

sekarang dah tak dah
I accept every flaw on my body and see it as a miracle.
I embrace my curvier body.
I'm loving my boobies despite it's not a DD cup sebab berat kot nak angkut ke sana ke sini, plus susah nak cari size kat Malaysia ni.
I'm loving my cellulite cause it tell me that I telah dimurahkan rezeki dengan makanan yang sedap setiap hari dan berupaya bermalasan on daily basis tanpa exercise macam orang gila.
I loving my plumpy buttocks knowing that kalau nanti in case tak ada kusyen, I can sit perfectly comfortable atas lantai simen.
I didn't care if my cheek have more meat on it..kan senang kalau orang nak cubit hahaha
Izan Bersyukur dengan apa yang Allah SWT beri.
Sesungguhnya Dia dah berikan yang sebaiknya untuk kita.
Kate Moss, Rosie Huntington-Whiteley and Candice Swanepoel is so much prettier and sexier but itu dorang and I always believe everyone is special in their own way.
And therefore I am special with my own way and I'm proud to say I am comfortable in my own skin 
so are you??


Khamis, 11 Ogos 2011

The next time you see me, I'm going to be a professionally trained NINJA.

Ninja was a covert agent or mercenary of feudal Japan sepcializing in unorthodox arts of war.(as written in WIKIPEDIA) 

Seriously, saya tak pernah bagitahu sesiapa pun pasal salah satu impian atau cita-cita tertinggi dalam hidup yang dah berusia 20 tahun 4 hari ini.
Saya simpan dengan sangat rapi tapi sometimes, at one point in life, kita kena share as sharing is caring kan?? haha

so with this, I want to tell you that my highest dream in life is to be...
(drum rolling~~~~~~)
A PROFESSIONALLY TRAINED NINJA!!!

yeah, I like to kisk-ass and going here and there wearing black all over, that's why I simply ambil course undang-undang kat both UKM and UITM as law students mostly kena pakai black ( alasan la sangat!! actually tak pon only ada hari2 tertentu) 

so as I have a lot of time doing nothing, saya pun membuka webpage kegemaran which is GOOGLE, lantas meng-google 'how to be a highly trained ninja' 
and to be a ninja, you have to 

1. RUN about a half a mile every day.
untuk menguatkan sistem kardiovaskular tubuh badan dan membina otot. Dan juga penyelamat bila dikejar anjing, so bile anjing tak dapat kejar, boleh lah kita beam with proudness toward the dog dan dalam hati berbisik, ' aku lagi laju dari kau lah!'

2. SWIM as often as possible.
ini diperlukan bagi menguatkan jantung yang mana membolehkan kita tahan nafas lama or berenang lagi lama and attack orang dari dalam air tanpa dilihat which is selalunya sangat awesome kalau dilihat dalam babak cerita.

3. Create an OBSTACLE COURSE.
kalau tengok dalam cerita ninja(berapa banyak cerita ninja yang kau da tengok izan??dasar tepengaruh sungguh!!) mesti ada latihan ninja yang melibatkan rintangan kan?? lompat sini,panjat sana, merangkak situ, tapi benda nie sangat diperlukan, sebab bukan semua jalan rata and semua bangunan licin permukaan die, jadi rintangan ini diperlukan untuk membuat badan lebih bersedia  terhadap dugaan yang mendatang. Jadi apalagi?? ambik batang penyapu, tangga panjang dan tali untuk memanjat dan mulakan latihan.

4. do exercises such as CHIN-UP, PUSH-UP, SIT-UP.
ini memang kena la kan, takkan la badan tak fit tapi nak berangan jadi ninja kan?(izan tepuk dada, tanya selera! fit ke?) *angguk kepala*

5. Belajar jadi SANGAT SENYAP DAN CEKAP.
ninja kan kena sneaky and quiet all the time, jadi gunakan kawan anda dan suruh die berdiri dekat mana-mana pada waktu malam dan menyelinapbelakang die, kalau kawan anda tu tak sedar maka anda telah master bab nie.TAHNIAH!!

6. kuasai BADAN DAN MINDA
seorang ninja harus ada badan yang kuat dan minda yang cergas, untuk mencergaskan minda, cubalah sudoku or any crossword puzzle(what the?? bayangkan ninja pakai all black pergi POPULAR or MPH, beli buku sudoku or crossword puzzle) Ini membantu kita jadi lebih kreatif dalam part2 nak bunuh musuh kita.

7. Ninjas are NOBLE.
I like this noble part, very good one. To be a ninja, help other people, visit elderly folk home and help little kid, never ever brag, 'weh, aku ninja la!' tak boleh!!

8.Learn PARKOUR.
this is the most important one, because it help you with most of the above. Parkour is a war of conditioning the bosy and the mind by learning how to overcome physical obstacles with speed, efficiancy and agility.

9. Join any MARTIAL ARTS CLASS.
enough said.


10. buy a COOL NINJA OUTFITS
my most favourite step of all.

11. THINK LIKE A NINJA.
be silent as possible and wear black all the time. Nice!! More reason not to jawab soalan during tutorial class, when lecturer tanye, simply jawab, 'i'm training to be a ninja! Don't talk to me!" hahaha sumpah kena ketuk dengan kasut tumit tinggi!!

Ini just some of the steps, for more steps go to How to be a ninja??
 try these step and kita boleh menuju alam menjadi ninja sejati!!

kicking kicking kicking!!

Rabu, 10 Ogos 2011

Memupuk budaya membaca dalam diri sendiri dan masyarakat setempat.

Saban hari, kita asyik mendengar pupuklah budaya membaca di kalangan masyarakat. Cuba bagitahu berapa banyak karangan yang menyuruh kita list-kan kebaikkan membaca. Dari form 1 sampai lah ke form 5, mesti ada terselit punya tajuk karangan yang sewaktu dengan budaya membaca ni.

Tapi, budaya yang baik ni memang wajar di uar-uarkan.
Banyak sebab untuk membaca..

sebab kita dalam bulan 8 jadi saya persembahkan 8 sebab kenapa kita perlu membaca lebih banyak dan lebih galak.

1. Membaca membantu kita menjadi LEBIH BIJAK.
Dalam satu artikel yang ditulis oleh Anne E. Cunningham : What Reading Does for the Mind, mendapati bahawa membaca boleh membantu pemikiran kita lebih tajam walaupun usia kita semakin meningkat. Malah dengan membaca, ia dapat meningkatkan aktiviti otak yang mana menjurus kepada pengurangan risiko kena Alzheimer.

2. Membaca MENGURANGKAN STRESS.
Pernah tak bila kita sedang membaca, lepas tu ada orang yang terdekat kata, 'Dah macam orang gila dah baca buku ni! Senyum sorang-sorang da.' Sila angguk kalau pernah kena sound..huhu. Bila kita membaca, kita seolah-olah masuk dalam jalan cerita tu. Kita bayangkan perasaan watak tu, dia sedih, dia gembira malah bila dia jatuh cinta pon kita pulak yang syok habis. Kita macam tinggalkan semua masalah hidup, lepas tu masuk dalam dunia lain. It's sort like a distraction, kena pulak bila kita baca buku yang seriously un-putdownable.

3. Membantu dalam mengurangkan KE-HYPER-AN.
Ada sesetengah kanak-kanak yang mengalami masalah hyper x bertempat kan?? Like the kids like to jump, shout and doing sometthing very active. Reading is a good way to cope those act. Bagi that kid a very nice visual-based book, and see them drift away with it. Bila dorang dah leka, surely they will terperuk kat satu tenpat reading their nicely visualized book.

4. MENINGKATKAN KEBOLEHAN MENGANALISA dengan lebih cepat.
Membaca bukan boleh meningkat kan general knowledge seseorang tapi juga boleh meningkatkan kebolehan seseorang untuk menganalisa sesuatu benda dengan lebih cepat dan berkesan. Macam membaca sesuatu yang informational, individu tersebut boleh cepat proses maklumat tu.

5. MENINGKATKAN  VOCABULORY.
Mesti atleast sekali la dalam hidup, masa tengah periksa karangan or essay, blank nak tulis apa, you have the idea of it tapi hilang tiba-tiba perkataan dia, perah, punya perah tapi otak tak membantu jugak sebab perkataan tu tak pernah pun hinggap kat otak tu. Jadi dengan membaca, kita dapatlah meluaskan vocabulory kita. Perkataan yang baru dapat di-explore dari semasa ke semasa. Jadi  tiada lagi blankness during exam time..

6. MENGUATKAN DAYA INGATAN.
Macam dalam kelebihan no.1, membaca dapat meningkatkan rangsangan kepada minda kan? Jadi bila ada banyak rangsangan dalam otak, maka sel-sel akan berhubung (lebih kurang mcm dalam iklan susu Anmum tu) . Jadi dengan berhubungnya sel-sel itu, di akan connect kan die akan jadikan otak kita punya memori stor jadi lagi besar and lebar.

7. TINGKATKAN BAKAT PENULISAN.
(sila rujuk kelebihan no.5) Selain itu ia boleh membantu kita memahami, perkataan mana yang sesuai digunakan dalam ayat yang mana satu.

8. MEMBANTU MEMAHAMI BUDAYA DAN ADAT LUAR.
Memang Malaysia ada berbagai kaum yang berlainan budaya, tapi dunia ni ada lagi banyak kaum lain yang boleh kita pelari budaya mereka. Yang ada dalam Malaysia pun kita tak sempat nak mendalami, jadi dengan membaca, kita dapat memahami lebih banyak budaya yang kat luar sana dengan hanya duduk di satu tempat dan tak payah nak bergerak serata dunia dan mengelakkan ada salah faham sesama kaum.


TAPI!!!! BUKU DEKAT MALAYSIA AGAK MAHAL!!

tapi itu bukan sebab untuk tak membaca, banyak lagi cara dan bahan untuk membaca. Baca surat khabar, membaca artikel dekat majalah pun di kira membaca. Tapi bagi avid-reader yang gila hard-core 'saya kena baca novel jugak baru puas' tapi selalu mengeluh harga buku mahal, kita boleh 

1. Pinjam dekat perpustakaan.

2. Saling bertukar-tukar buku dengan kawan.
well, sharing is caring kan???


3. Beli buku dekat Flea market.

well, I always did this, usually it's rewarding sebab buku yang you usually harga dia rm35.90 kat Kinokuniya and MPH and POPULAR, you boleh dapat dalam rm20.00 or kalau yang dah lama and second hand tu even boleh dapat dalam harga as low as rm5.00. Do the math yaw!!! If tak taw mane flea market yang jual buku baru and secondhand yang still in a good shape, try pegi dekat Amcorp Mall, Petaling Jaya. I always carik buku kat sana but occasionally pergi jugak Kinokuniya, MPH and popular for new released books.


Jadi macam tak ada sebab lain untuk orang tak membaca melainkan kalau dia ada vitamin M yang banyak!!

So HAPPIE READING!!!




Selasa, 21 Jun 2011

Money can't buy you happiness, but everything needs money..

 ' Why is everybody so obsessed,
Money can't buy us happiness'
Jesse J - Price Tag


This song tengah like berkumandang secara berleluasa dekat radio sekarang kan?
I must admit the beat is kinda catchy and memang sedap la telinga menadah hendak mendengar.

But macam lyrics yang tertera di atas yang dipetik dari lagu itu, saya rasa agak tersinggung sedikit la (ye bakulah lagi ayat tu)
People kesini-kesana sibuk lah asyik jaja yang jangan penting kan duit, duit tak boleh beli segala-galanya ( oh, really??)
Tanpa duit kita pun boleh berjaya and all those blah-blah-blah-blah-blah-blah.


Tapi try once in your life, hidup tanpa duit, boleh ke gembira??
Boleh ke senang hati goyang kaki??
Tapi sila lah faham yang semua benda pun perlukan duit, even toilet sekarang pon nak kena bayar. Nak membuang pun nak kena bayar. Sila lah fikir!!

cuba fikir, kalau ada rumah, maybe tak payah bayar duit rumah sebab tu harta peninggalan dari turun-temurun tapi bil air, bil elektrik?? Pastu nak makan, nak kena beli barang dapur jugak kan??

Baju, kain, seluar, even pakaian dalam pun nak kena beli pakai duit!

Bila dah tak ada duit nak beli semua benda tu boleh ke hidup happie? Boleh ke?
Even suami isteri pun boleh bercerai, keluarga boleh berpecah belah and adik beradik boleh putus saudara sebab hal duit.

Jadi, macam mana orang sekarang tak obsessed dengan duit?? Bukan ke kita perlukan duit untuk semua benda??

What you semua think?
Betul kan?


Jumaat, 3 Jun 2011

purple

Herve Leger rayon dress
$1,150 - net-a-porter.com

Violet dress
$26 - 2cute2trendy.com

Presence flower shoes
8 GBP - debenhams.com

Paul Smith flower tote
199 GBP - paulsmith.co.uk

Beaded handbag
$25 - modcloth.com

Bounkit handcrafted jewelry
$395 - charmandchain.com

Dahlia floral hair accessory
$70 - tarinatarantino.com

Rabu, 1 Jun 2011

Airil

Roberto Cavalli jersey tee
$940 - net-a-porter.com

Graffiti tee
ladygaga.shop.bravadousa.com

Roberto Cavalli leather jacket
$3,000 - net-a-porter.com

Supertrash skinny jeans
80 EUR - welikefashion.com

Peep toe booties
$1,150 - giuseppezanottidesign.com

High heel boot
449 EUR - jades24.com

Bottega Veneta messenger bag
6,390 GBP - net-a-porter.com

ChloƩ leather handbag
$1,650 - mytheresa.com

Sabtu, 28 Mei 2011

shoes shoes shoes

T strap heels
$3,495 - alexandermcqueen.com

Alexander McQueen stiletto pumps
$1,165 - couture.zappos.com

Christian Louboutin high heel shoes
$1,095 - net-a-porter.com

Emilio Pucci crocs shoes
$745 - net-a-porter.com

Peep toe platform heels
$290 - reissonline.com

Stiletto shoes
150 EUR - welikefashion.com