hoppin chickies

Rabu, 10 Ogos 2011

Memupuk budaya membaca dalam diri sendiri dan masyarakat setempat.

Saban hari, kita asyik mendengar pupuklah budaya membaca di kalangan masyarakat. Cuba bagitahu berapa banyak karangan yang menyuruh kita list-kan kebaikkan membaca. Dari form 1 sampai lah ke form 5, mesti ada terselit punya tajuk karangan yang sewaktu dengan budaya membaca ni.

Tapi, budaya yang baik ni memang wajar di uar-uarkan.
Banyak sebab untuk membaca..

sebab kita dalam bulan 8 jadi saya persembahkan 8 sebab kenapa kita perlu membaca lebih banyak dan lebih galak.

1. Membaca membantu kita menjadi LEBIH BIJAK.
Dalam satu artikel yang ditulis oleh Anne E. Cunningham : What Reading Does for the Mind, mendapati bahawa membaca boleh membantu pemikiran kita lebih tajam walaupun usia kita semakin meningkat. Malah dengan membaca, ia dapat meningkatkan aktiviti otak yang mana menjurus kepada pengurangan risiko kena Alzheimer.

2. Membaca MENGURANGKAN STRESS.
Pernah tak bila kita sedang membaca, lepas tu ada orang yang terdekat kata, 'Dah macam orang gila dah baca buku ni! Senyum sorang-sorang da.' Sila angguk kalau pernah kena sound..huhu. Bila kita membaca, kita seolah-olah masuk dalam jalan cerita tu. Kita bayangkan perasaan watak tu, dia sedih, dia gembira malah bila dia jatuh cinta pon kita pulak yang syok habis. Kita macam tinggalkan semua masalah hidup, lepas tu masuk dalam dunia lain. It's sort like a distraction, kena pulak bila kita baca buku yang seriously un-putdownable.

3. Membantu dalam mengurangkan KE-HYPER-AN.
Ada sesetengah kanak-kanak yang mengalami masalah hyper x bertempat kan?? Like the kids like to jump, shout and doing sometthing very active. Reading is a good way to cope those act. Bagi that kid a very nice visual-based book, and see them drift away with it. Bila dorang dah leka, surely they will terperuk kat satu tenpat reading their nicely visualized book.

4. MENINGKATKAN KEBOLEHAN MENGANALISA dengan lebih cepat.
Membaca bukan boleh meningkat kan general knowledge seseorang tapi juga boleh meningkatkan kebolehan seseorang untuk menganalisa sesuatu benda dengan lebih cepat dan berkesan. Macam membaca sesuatu yang informational, individu tersebut boleh cepat proses maklumat tu.

5. MENINGKATKAN  VOCABULORY.
Mesti atleast sekali la dalam hidup, masa tengah periksa karangan or essay, blank nak tulis apa, you have the idea of it tapi hilang tiba-tiba perkataan dia, perah, punya perah tapi otak tak membantu jugak sebab perkataan tu tak pernah pun hinggap kat otak tu. Jadi dengan membaca, kita dapatlah meluaskan vocabulory kita. Perkataan yang baru dapat di-explore dari semasa ke semasa. Jadi  tiada lagi blankness during exam time..

6. MENGUATKAN DAYA INGATAN.
Macam dalam kelebihan no.1, membaca dapat meningkatkan rangsangan kepada minda kan? Jadi bila ada banyak rangsangan dalam otak, maka sel-sel akan berhubung (lebih kurang mcm dalam iklan susu Anmum tu) . Jadi dengan berhubungnya sel-sel itu, di akan connect kan die akan jadikan otak kita punya memori stor jadi lagi besar and lebar.

7. TINGKATKAN BAKAT PENULISAN.
(sila rujuk kelebihan no.5) Selain itu ia boleh membantu kita memahami, perkataan mana yang sesuai digunakan dalam ayat yang mana satu.

8. MEMBANTU MEMAHAMI BUDAYA DAN ADAT LUAR.
Memang Malaysia ada berbagai kaum yang berlainan budaya, tapi dunia ni ada lagi banyak kaum lain yang boleh kita pelari budaya mereka. Yang ada dalam Malaysia pun kita tak sempat nak mendalami, jadi dengan membaca, kita dapat memahami lebih banyak budaya yang kat luar sana dengan hanya duduk di satu tempat dan tak payah nak bergerak serata dunia dan mengelakkan ada salah faham sesama kaum.


TAPI!!!! BUKU DEKAT MALAYSIA AGAK MAHAL!!

tapi itu bukan sebab untuk tak membaca, banyak lagi cara dan bahan untuk membaca. Baca surat khabar, membaca artikel dekat majalah pun di kira membaca. Tapi bagi avid-reader yang gila hard-core 'saya kena baca novel jugak baru puas' tapi selalu mengeluh harga buku mahal, kita boleh 

1. Pinjam dekat perpustakaan.

2. Saling bertukar-tukar buku dengan kawan.
well, sharing is caring kan???


3. Beli buku dekat Flea market.

well, I always did this, usually it's rewarding sebab buku yang you usually harga dia rm35.90 kat Kinokuniya and MPH and POPULAR, you boleh dapat dalam rm20.00 or kalau yang dah lama and second hand tu even boleh dapat dalam harga as low as rm5.00. Do the math yaw!!! If tak taw mane flea market yang jual buku baru and secondhand yang still in a good shape, try pegi dekat Amcorp Mall, Petaling Jaya. I always carik buku kat sana but occasionally pergi jugak Kinokuniya, MPH and popular for new released books.


Jadi macam tak ada sebab lain untuk orang tak membaca melainkan kalau dia ada vitamin M yang banyak!!

So HAPPIE READING!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan