hoppin chickies

Sabtu, 15 Januari 2011

alwaYs reward and compensate yourself..so, that's what I do..

 Dr. Sakina Shaik yang merupakan lecturer contract pernah memberikan sekeping useful advice yang Izan akan ingat sampai bila-bila, InsyaAllah
which is : REWARD AND COMPENSATE
it work like this..
if you already bekerja lebih masa (i.e: da siapkan assignment yang deadline dia dua bulan lagi) therefore, you need to reward youself
and if you already bergembira lebih masa (i.e: pegi joli katak berseronok sakan bersuka ria tengok wayang or pergi dating) therefore, you kena compensate masa yang dah TER-guna..

this week have been a very loooooonnnnnnnngggggg  week...
I kena buat banyak benda this week!! penat tahap gaban shall I say
so faktor keletihan memuncak sepanjang minggu lepas
1.kena pegi high court(plus kena harassed dengan penjual vcd lucah)
2. Ke-period-an yang memenatkan.
3. kebanyakkan bilangan discussion untuk minggu ini dan kekonfiusan ahli group mana untuk subject apa(sel otak banyak digunakan sebab asyik kena atur dalam otak)
4. terbanyak sangat gelak dalam kelas...which nobody should ever try this..
5.makanan yang tidak seimbang langsung
6 ketidakbolehan balik ke rumah
7. kerinduan tahap dewa kepada ibu dan ayah di kampung(bajet rumah jauh lima sepuluh jam la kan??)

see....banyak kan??
kesian tak?
sila kesian dengan saya ye..

so, menggunakan advice yang telah diberi lantas segera Izan mempraktikkannya kepada kehidupan seharian..
buktinya..
JENG JENG JENG

kasut baru!!!
from VINCCI accessories

DAN..
baju baru....

hehe..retail therapy la kan apa lagi..
wuahahaha

Izan ada nampak this mouth-watering top kat Cotton On tapi bila tengok orang beratur nak bayar mak aih panjang gila terus macam fobia nak perg pilih baju..hahaha

and also a healthy dose of handsome guy(Izan memang tak akan pernah habis dengan handsome guy dia) kat Midvalley and some kat resepsi kahwin orang..
hahaahaha
with those thingy..I'm back into perspective








Jumaat, 14 Januari 2011

Bila..

bila pintu diketuk, kita buka dan ada orang yang menunggu dekat luar dan kita ajak masuk ke dalam rumah
well, that's what people called manners

tapi kalau pintu hati diketuk??
hati rasa bersalah,  nak buka atau pun tidak
sebab takut bila kita buka pintu tu nanti,  orang yang dijemput tak sudi pun nak masuk
dan kita akan rasa sangat kecewa
and that what people called heartbroken

macam mana??
takut pula tidak diterima kan??
so let's just go with the flow..
flowing..
flowing..
and keep flowinggggg....

Khamis, 30 Disember 2010

Lain yang disangka, lain pula yang tiba...

Suspen tak tajuk?? hahaha

jangan takut, bukan apa pun..
this week Izan dah start belajar Bahasa Arab..

sebelum tu mari saya memperkenalkan diri..hehe

Ismi Nursyaizan Binti Jasni
Ana Salanjuria (mcm tu kan eja dia?)
Ana tolibun fi kuliyati al-huquqi
Umri tisata ashar sanah..

Izan's translator: Nama saya Nursyaizan Binti Jasni
Saya orang Selangor
Saya belajar di Fakulti Undang-undang
Umur Saya 19 tahun
terer x? *angkat-angkat kening*

Jadi berbalik kepada tajuk post ini,
actually Izan macam cuak, takut and nervous sampai nak terkeluar jantung lari-lari..haha
yela sebab sedari kecil hingga berumur 19 tahun tak penah langsung  belajar Bahasa Arab..
mana tak takut tak pasal kan??
tapi lepas je masuk kelas and start belajar dan ditemani dengan kamus Bahasa Arab yang setia lantas persepsi Izan segera berubah cerah...

muka pun dari macam nie...

terus bertukar ke...


happie kan??
jadi moral of the story adalah : Don't judge books by it's cover or dari harga dia..
bukan bermaksud mahal cerite dia berkualiti ye..

jadi marilah kita memulakan pagi dengan kata- kata nasihat atau motivational quotes yang boleh mencerahkan hari kita..

A pearl is a beautiful thing that is produced by an injured life. It is the tear (that results) from the injury of oyster. The treasure of our being in this world is also produced by an injured life. If we had not been wounded, if we had not been wounded, then we will not produce the pearl
-Stephen Hoeller-


and owh before terlupa..
about my 2011 resolution..
as tomorrow is already 2011, therefore saya nak mengatakan bahawa saya tak pernah buat any resolution as I don't believe in making one...
I believe in everyday punya resolution which is to be a better person to everyone who spend her time(and money) more wisely from day to day..
AMIN!!

and Izan tengah kumpul duit utk beli new bag..
owh My mom going to nag me day and night kalau die taw anak die ni da berhajat nak beli beg baru(lagi)






Selasa, 14 Disember 2010

Maafkan Kelembapan Saya..

Pada 10. dec hari itu yang juga bersamaan dengan hari jadi Taufik Batisah, result final exam saya dah boleh dicheck melalui gerbang smpweb (ayat sila la skema lagi!!)

tarikh tu mmg da diingati sejak Lim Kai Hau bagitahu kat facebook..
jadi malam sebelum tu Izan telah menutup handphone dan letak jauh-jauh (padahal tersalah letak hp and battery abis)

Chup!! apa relevan tindakan tersebut?
kalau tutup mase 10.dec tu ok jugak kan??
hahaha
anyway..

pagi tu bangun agak lah lambat..
around pukul 7.30 pagi pastu terus pegi dapur nak tengok apa menu untuk sarapan pagi 
dan melihat ibu yang sedang giat menggoreng pisang lantas saya mengambil keputusan untuk meringankan beban ibu dan menjaga pisang goreng tersebut.
TIBA-TIBA!!!!....
saya tersedar bahawa pagi tersebut tidaklah biasa seperti hari lainnya kerana pada hari itu, 
RESULT UKM DAH KELUAR
dan perut saya serta usus dan limpa hati dan jiwa raga segera bergelora..
cuak gila nak mati..masa tu rasa gila x tentu arah tapi cover la depan mak kan..
nanti karang mak suspect plak..apsal anak aku nak cuak kalau die dah buat betul-betul aritu kan??

pastu terus cepat-cepat angakat goreng pisang tu dan segera bergegas masuk bilik
pastu baru nak sibuk la carik charger hp macam orang gila and charge kan..hahaha
pastu ble bukak je hp trus dpt msg smalam from Shaa yang kata result da bleh check via sms..
so ape lagi trus send msg and dok diam-diam tunggu result keluar..ayah da sibuk panggil suruh sarapan tapi tak nak...CUAK GILA MANA BOLEH MAKAN KAN??
lepas je dapat result trus menjerit dan melompat tak tentu arah, mak pon macam terkejut..hahaha
lepas bagitahu mak dan ayah result terus kena peluk..hehehe




Jumaat, 26 November 2010

Baile Atha Cliath was breathtaking!!

* AMARAN!! : blogpost ini mengandungi terlalu banyak gambar dan mungkin terlalu panjang dengan bebelan dari Nursyaizan Binti Jasni..


Izan telah berangkat ke Dublin or the Irish usually call it Baile atha cliath in gaelic..
it was a great : cuaca die, scenery dia n please highlight..HOT GUYS DIA!!
dah tinggi, kulit pinkish, mate biru n coklat n hazel n hijau
owh saya menjamu mata kemana saja saya pergi!!


pretty isn't it??
this is St Stephen Green Park
usually Locals akan bawa anjing aka 'karpet berjalan' takpun  bawak anak dorg yang comel gila berjalan-jalan..



comel tak?? comel kan??
the lanscapes please not the person coz yang orang tu mmg sgt cute!
hahaha

then kite pegi Dalkey..
a nice small town with a great beautiful scenery
Dalkey used to have around 7 castle tp lepas perang ke mcm tu, castle tinggal 2 je..



there..kena ada model jgk la kan..hahaha~
nice place Dalkey..



next, kite pegi Bray..Bray nie kawasan laut..
sejuk jgn cakap la..mse Izan kat situ temperature sampai 8 darjah celsius..
beku rasa muka bila angin sejuk bertiup..



kat sini lagi banyak 'karpet berjalan'..gemuk-gemuk rase mcm nk sepak je la pulak..hahaha

pastu kite pon blik ke Dublin semula
untuk minum hot chocolate kat Butlers Chocolate Cafe..
enak sungguh hot chocolate dia..
kalo pegi sane, sila la mintak regular hot chocolate with cream n dapat free chocolate chumel...




MEMANG SEDAP!!

pastu kite pergi ke St. Patrick Park di mana Izan telah mem-bajetkan diri ala-ala pelajar Malaysia di Ireland



bajet tak?? bajet kan??
hahahaha




gambar bajet yang lainnya...

gambar semasa membeli barangan takde sebab mne bleh buat dua benda mse bershopping??
harus ade concentration yang mendalam..

itulah summary dia, byk sgt gmbr klo nk msukkn lg (malas sebenarnye..haha)
so Ireland is one beautiful country..
yang best psal pg luar negara ni adalah ble kite cam terjatuhkan barang ke ape ke pastu melatah kan,
contoh : opocot mak kau jatuh atau terjerit perkataan yang agak lucah, takde la orang mcm pandang ke ape ke..
sebab dorg tak faham..
hahaha

owh, lupa nak bgth yang sebab utama pg Ireland adalah sebab nak tengok kakak saya graduation..huhu




Rabu, 10 November 2010

beg baru kesayangan dan kehilangan selera makan..


Last monday, I received the parcel which contains my beg baru kesayangan 
sila lihat gambar di atas..pretty tak??
tak?? what the hell..
I like it so damn much so it's the prettiest thing at the moment!!
beg tu bukan sahaja cantik tapi juga berharga sangat murah!
can u believe it if I say that it only cost me RM48 inclusive the postage fees (online shopping is my new addiction)..
xbleh percaya?? sila percaya..ripley's believe it or not!! hahaha
Sila ikut link ini jika berminat nak membeli beg serupa dengan di atas..


ok..sekarang beralih ke berita luar negara..
Nursyaizan Binti Jasni akan berangkat ke Ireland kurang dari seminggu dari sekarang, malangnya beliau masih lagi malas untuk menge-pack barangan peribadi dan bajunya!!

*berita luar negara tamat*

sejak belakangan ini..Izan cam kehilangan selera makan :(
da x bersemangat dan ghairah apabila melihat makanan enak terhidang di depan mata..
makanan yang enak akan ditolak dan dibiarkan kesepian

ok izan Sila naik pentas amek phD dlm meng-exaggerate berlebihan..
tapi memang betul kot..xde la mcm yg izan gambarkan tadi, yg makanan kesepian segala tu..
tapi seriously da berapa hari da izan skip lunch and dinner just makan ala kadar je..
perut cepat rase kenyang ler plak..
tp gastrik xberi peluang lantas meng-attack izan lewat petang hari ini..
kepala rase nak pecah n perut plak penuh dengan angin..
ade situation 'air-rumbling in my stomach'
haish!! lantas izan pon segera revise koleksi recipe nya dan decide..
esok pagi nak buat Crepe n makan dengan  peach!!
sedap..selera segera kembali!!! 
Alhamdulillah!!


p/s :  terima kasih kepada cik Ikin kerana jd follower saye.. :)


Ahad, 7 November 2010

saya sayang emak saya dunia akhirat!! InsyaAllah..

48 years ago a person who I proudly called EMAK now was born..
exactly on 7/11..I like that date, easy to remember!!
Emak, Selamat Hari Lahir yang ke 48 tahun..
Izan sayang emak sangat n semoga emak akan sentiasa dipanjangkan umur, dmurahkan rezeki dan hidup akan sentiasa diberkati Allah SWT selalu!!!
MUAH MUAH MUAH!!!